Tugas-tugas kerani :)



Kerani am pejabat melaksanakan pelbagai tugas perkeranian dan pentadbiran menurut prosedur yang ditetapkan. Kerani am pejabat menjalankan pelbagai tugas yang telah dikelaskan dalam mana-mana pekerjaan perkeranian pejabat yang khusus dan memerlukan pengetahuan yang terhad dalam  sistem dan prosedur pengurusan pejabat. Tugasan melibatkan membantu tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan sebagai contoh aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tanah; pendaftaran, pelupusan, pungutan hasil, pembangunan dan tugas-tugas lain yang berkaitan; Tugas perkeranian juga boleh ditetapkan menurut prosedur pejabat dan merangkumi menjawab telefon, membuat kunci kira-kira, menaip atau pemprosesan kata, pentrengkasan, pengendalian mesin pejabat, pemfailan, rekod dan membantu khidmat pelanggan. 

Tugas merangkumi: 
 merekodkan, menyediakan, mengisihkan, mengelaskan, dan memfailkan maklumat; ·
 mengisihkan, membuka, dan menghantar mel; ·
 membuat fotokopi dan memfaksimile dokumen; ·
 menyediakan laporan kerja rutin;  ·
 merekodkan pengeluaran peralatan kepada kakitangan; ·
 melayani panggilan telefon atau pertanyaan elektronik dan menyambungkan kepada ·
orang yang berkenaan; 
 menyalin maklumat ke dalam komputer, dan membaca pruf serta membetulkan salinan; ·
 membantu tugasan khidmat pelanggan ·
 menjalankan tugas yang berkaitan; ·
 menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.· 

* assignment untuk english *