Kerani
am pejabat melaksanakan pelbagai tugas perkeranian dan pentadbiran menurut
prosedur yang ditetapkan. Kerani am pejabat
menjalankan pelbagai tugas yang telah dikelaskan dalam mana-mana pekerjaan
perkeranian pejabat yang khusus dan memerlukan pengetahuan yang terhad dalam
sistem dan prosedur pengurusan pejabat. Tugasan melibatkan membantu
tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan sebagai contoh aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan tanah; pendaftaran, pelupusan, pungutan hasil,
pembangunan dan tugas-tugas lain yang berkaitan; Tugas perkeranian juga
boleh ditetapkan menurut prosedur pejabat dan merangkumi menjawab telefon,
membuat kunci kira-kira, menaip atau pemprosesan kata, pentrengkasan, pengendalian mesin
pejabat, pemfailan, rekod dan membantu khidmat pelanggan.
Tugas
merangkumi:
mengisihkan, membuka, dan menghantar
mel; ·
membuat fotokopi dan memfaksimile
dokumen; ·
menyediakan laporan kerja rutin; ·
merekodkan pengeluaran peralatan kepada
kakitangan; ·
melayani panggilan telefon atau pertanyaan
elektronik dan menyambungkan kepada ·
orang
yang berkenaan;
menyalin maklumat ke dalam komputer, dan
membaca pruf serta membetulkan salinan; ·
membantu tugasan khidmat pelanggan ·
menjalankan tugas yang berkaitan; ·
menyelia, menjadual dan memantau tugasan
pekerja lain.·
* assignment untuk english *